Kanak-kanak tertusuk besi berjaya diselamatkan

Kanak-kanak tertusuk besi berjaya diselamatkan

PASUKAN bomba menyelamatkan kanak-kanak tertusuk besi di Klinik Kesihatan Nabawan, Sabah semalam-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABAWAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan setelah bahagian tangan kanannya tertusuk besi menembak ikan di Klinik Kesihatan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, pihak klinik memaklumkan terdapat pesakit kanak-kanak yang mengalami kecederaan di tangan akibat terusuk besi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kanak-kanak tertusuk besi kira-kira pukul 4.44 petang dan sepasukan enam pegawai dan anggota dikejarkan ke klinik berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba bertindak memotong besi tersebut dengan menggunakan peralatan khas (grinder).

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak klinik untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 5.04 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN