Kanak-kanak lelaki hilang dari madrasah - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki hilang dari madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah madrasah di Hulu Selangor sejak 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kanak-kanak berumur 10 tahun itu dikenali sebagai Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dilaporkan hilang kira-kira pada 8.20 malam.

Beliau berkata, kanak-kanak ini kali terakhir berada di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Walid, Bukit Beruntung.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit gelap, tidak memakai cermin mata, berketinggian antara 100 sentimeter hingga 110 sentimeter dan berat badan antara 30 kilogram hingga 32 kilogram.

“Kanak-kanak ini memakai baju berwarna merah, seluar panjang berwarna hitam dan sandal berwarna putih atau biru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal berkata, kanak-kanak ini beralamat di SBE-2-12 Apartment Seri Bakawali, Bukit Sentosa, Rawang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa berada supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223.

“Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-60641222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN