Kanak-kanak juara Siputrace dapat RM1,000

Kanak-kanak juara Siputrace dapat RM1,000

SEBAHAGIAN peserta pertandingan Siputrace di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 apabila menjadi juara pertandingan Siputrace di tapak perniagaan Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA) di Pantai Tok Jembal di sini.

Muhammad Ar Rayyan Saharuddin, 11, dari Kampung Tok Jembal menjadi juara perlumbaan siput itu dengan menewaskan 186 peserta lain.

Katanya, dia menyertai per­tandingan itu hanya untuk mencuba nasib mempertaruhkan empat ekor siput yang dibeli dengan harga RM2.

“Tak sangka pula siput saya tu bergerak dengan laju me­ninggalkan siput-siput lain dan membawa tuah kepada saya.

“Alhamdulillah, seronok sa­ngat kerana dapat durian runtuh malam ini dan wang itu saya akan simpan untuk kegunaan masa depan,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Dalam pertandingan itu, semua peserta bebas untuk memilih apa sahaja jenis siput sebagai taruhan termasuk siput babi, siput gondang, siput buluh dan siput belitung.

Sementara itu, penganjur pertandingan, Muhammad Yus­ri Muda berkata, acara tersebut diadakan untuk mengisi masa lapang dan hiburan santai masyarakat setempat.

“Sebelum ini, tular di Tik Tok mengenai seorang individu yang membuat pertandingan lumba siput dan mendapat perhatian ramai.

“Jadi, saya fikir apa salah­nya kita anjurkan pertandi­ngan sekadar suka-suka dengan meng­adakannya secara langsung,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN