Kanak-kanak dirakam pemandu bas sekolah, Kementerian Pendidikan tawar kaunseling

Kanak-kanak dirakam pemandu bas sekolah, Kementerian Pendidikan tawar kaunseling

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada kanak-kanak yang dirakam pemandu bas sekolah dalam kejadian tular di media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Johor mengambil langkah bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak itu.

“Di pihak Kementerian Pendidikan sekiranya ada keperluan JPN dan PPD akan memberikan kaunseling kepada anak atau pelajar yang menjadi mangsa dalam isu ini.

“Kementerian sentiasa bersedia membantu mangsa dalam isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Kedah di Dewan Perhimpunan Cina Kedah di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penahanan seorang pemandu bas sekolah hari ini susulan tindakannya merakam kanak-kanak dalam kenderaan tersebut sehingga tular di media sosial. 

Tangkapan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dibuat pada pukul 2.57 pagi tadi di kawasan Simpang Renggam, Johor dengan siasatan di bawah Seksyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-kanak 2001.

Tindakan itu sejurus selepas polis Johor menerima laporan polis berhubung rakaman video yang memaparkan kanak-kanak dalam bas sekolah yang dimuat naik suspek dipercayai pengendali akaun TikTok Abang Bas.

Berhubung siasatan itu menurut Kah Wah, kementeriannya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Polis sudah mengambil tindakan menahan pemandu bas sekolah tersebut melakukan siasatan dan status siasatan itu kementerian menyerah kepada pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN