Kanak-kanak didakwa diculik sebenarnya dilarikan ibu kandung

Kanak-kanak didakwa diculik sebenarnya dilarikan ibu kandung

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis kini mengesan seorang wanita warga asing didakwa melarikan anak kandungnya dalam kejadian di Subang Jaya di sini sehingga tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang juga warga asing pada 4.23 petang, 15 September lalu.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami dan isteri.

“Susulan itu, pihak polis masin mengesan ibu dan kanak-kanak terbabit.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti atas kepentingan sendiri yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya