Kanak-kanak berusia enam tahun ditemukan lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Kanak-kanak berusia enam tahun ditemukan lemas dalam parit

KEADAAN mayat Ibrahim Adham Muhammad yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit di Taman Usrah, Renek dekat Jerteh, Besut, malam tadi. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit di Taman Usrah, Renek dekat Jerteh di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa Ibrahim Adham Muhammad, 6, dijumpai keluarga dan penduduk kampung yang mencari mangsa kira-kira pukul 9 malam.

“Mangsa ditemukan di dalam parit yang terletak kira-kira 10 hingga 20 meter dari rumah datuknya selepas dilaporkan hilang sejak pukul 6.30 petang hari yang sama.

“Mangsa dikatakan tinggal di Lipis, Pahang dan pulang ke kampung bersama ibu bapanya di musim cuti sekolah, mangsa dikatakan hilang ketika majlis sambutan hari lahir ahli keluarga di rumah datuknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kehilangan mangsa disedari bapanya sebelum pencarian dilakukan oleh ahli keluarga dan orang kampung dan laporan polis telah dibuat.

Anak kedua dari tiga beradik itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN