Kanak-kanak 5 tahun hilang dalam ladang kelapa sawit ditemukan selamat 

Kanak-kanak 5 tahun hilang dalam ladang kelapa sawit ditemukan selamat 

PASUKAN polis yang terlibat dalam operasi mencari kanak-kanak berusia lima tahun yang hilang di ladang sawit Lurah Bilut, Bentong. - IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis menemukan seorang kanak-kanak, Muhammad Alfian Razin Muhamad Zaki, 5, yang dilaporkan hilang semalam di ladang sawit Lurah Bilut dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kanak-kanak tersebut ditemukan selamat pada pukul 8.30 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

“Polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak berkenaan mengenai anaknya hilang di Felda Lurah Bilut pada pukul 9.55 malam, semalam 

“Hasil siasatan awal, kejadian berlaku pukul 4.30 petang semalam apabila bapa kanak-kanak berkenaan berusia 43 tahun pergi ke ladang sawit milik keluarganya bersama mangsa,” katanya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)di sini, hari ini.

Menurut Zaiham, bapa mangsa memberitahu kali terakhir dia melihat anak lelakinya pada pukul 5.55 petang semalam dalam jarak kira-kira 40 meter berdekatan ketika dia (bapa mangsa) memetik buah limau kasturi.

Beliau berkata, ketika hendak pulang kira-kira pada pukul 6 petang, bapanya memanggil anaknya tetapi tidak menyahut.

“Bapanya mula mencari di serata tempat tetapi gagal menemui anaknya lalu membuat laporan polis pada pukul 9.55 malam semalam,” katanya.

Zaiham menambah, gerakan pencarian pukul 11.45 malam semalam dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9.

“Operasi disambung semula pagi ini sehinggalah kanak-kanak berkenaan ditemukan dengan selamat berdekatan tempat kejadian dan dihantar ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN