Kalaulah The Deliverance bukan cerita seram - Utusan Malaysia

Kalaulah The Deliverance bukan cerita seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU anda tidak pernah mendengar nama Latoya Ammon, saya akan ceritakan sedikit latar belakangnya. 

Sebenarnya, nama Latoya tibatiba tular dan diperkatakan sekitar tahun 2011 kononnya ketika itu dia dan anaknya dirasuk oleh entiti misteri setelah berpindah ke rumah baru di Indiana, Amerika Syarikat. 

Kes Latoya ini mula mencuri tumpuan apabila beberapa pihak yang pernah terlibat dalam kes ini seperti pihak hospital, jiran dan jabatan kebajikan kanak-kanak sukar mena kan beberapa kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga ini. 

Oleh sebab cerita ini mendapat liputan meluas, ramai penerbit dan pengarah mahu menghubungi Latoya termasuklah calon pemenang anugerah Oscar, Lee Daniels. 

Setelah beberapa tahun, maka terhasil sebuah  filem horror yang diberi nama The Deliverance. 

Lee cuba mencerap dan menterjemahkan laporan yang pernah dikongsikan Latoya sejelas mungkin di layar termasuk daripada insiden lalat terbang, bunyi tapak kaki dan anaknya yang tiba-tiba bercakap dalam suara garau. 

Saya harus memuji bagaimana Lee bijak mencari pelakon yang kena dan sesuai membawakan karakter terutama Anthony B. Jenkins sebagai Andre. 

Kanak-kanak polos namun menjadi sangat ngeri memanjat dinding dan melipat badan kerasukan. 

Selain itu, gandingan ibu dan anak yang berbeza warna kulit juga memberikan sentuhan berbeza seperti yang dibawakan Andra Day dan Glenn Close. 

Lee ingin menunjukkan kasih sayang boleh melampaui batas warna kulit bahkan ketika syaitan mengatakan ibu yang juga perempuan berkulit putih membencinya, Ebony menjerit ‘diam, ibu aku sangat menyayangi aku’.

JIKA BUKAN CERITA TULAR

Namun begitu, saya berpendapat  filem dengan adaptasi kisah benar mempunyai ‘pelaris’ tersendiri. 

Sedikit sebanyak kisah yang tular akan mudah membuat penonton tergerak hati ke panggung. Tapi, seandainya The Deliverance bukanlah diambil daripada kisah nyata, adakah ia masih sebuah cerita seram yang bagus? 

Anggaplah saya berani mati dan menentang arus dengan mengatakan bahawa The Deliverance hanyalah sebuah  filem seram yang biasa sahaja. 

Plotnya tidak jauh beza dengan lambakan kisah seram kerasukan dan buang hantu yang pernah saya tonton. 

Semuanya bermula di sebuah rumah yang ditinggalkan. Kononnya di rumah itu pernah terjadi insiden ngeri, pembunuhan ataupun tempat pengumpulan syaitan. 

Semua yang pernah tinggal di rumah itu akan berdepan risiko kematian. Penyelamat cerita ini hanyalah pelakonnya sahaja. 

Jika mahu dicerita daripada aspek jumpscare atau momen genting, saya pernah menonton cerita dengan pembinaan aksi seram lebih tegang dan menakutkan tanpa bantuan muzik yang mewah di  filem yang lain. 

Malah, tidak keterlaluan untuk saya katakan, aksi ketiga naskhah ini sangat tiba-tiba. Seolah-olah masih banyak lagi kerencaman yang boleh diolah Lee, namun dia memilih menjadikan semuanya sederhana dan terburu-buru menghabiskan  filem. 

Cuma, The Deliverance bukanlah  filem yang teruk. Memang mencabar untuk menciptakan kelainan dalam naskhah seram yang seakan-akan sudah bertemplat. 

Ia memerlukan imaginasi yang rencam cuma saya faham, Lee terikat dengan kejadian sebenar untuk diadaptasi. 

Apapun, jika ini bukanlah genre seram, saya masih kagum melihat bagaimana perempuan dalam layar ini ditonjolkan menjadi sosok yang kuat. Tanpa suami membesarkan tiga orang anak yang dihina kerana miskin. 

Juga tetap menjaga ibunya yang sakit kanser walaupun mulutnya pedas dan berbisa. Tapi kerana ini adalah  filem seram, semuanya terasa biasa sahaja dan buram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya