‘Kalau MB atau PM ada pun air banjir boleh naik’ ‘Kalau MB atau PM ada pun air banjir boleh naik’

‘Kalau MB atau PM ada pun air banjir boleh naik’

AHMAD Yahaya (dua kanan) melihat barangan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di Kompleks Pas Pokok Sena di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas Kedah meminta semua pihak berhenti menjadikan ketiadaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika Kedah dilanda banjir baru-baru ini sebagai modal politik.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, sebagai pemimpin, jadual untuk seorang Menteri Besar waima Perdana Menteri sudah ditetapkan lebih awal dan kedatangan bencana pula tidak dapat dijangka. 

“Bukan saja mereka, malah pemimpin parti pun ada jadual sendiri. Contohnya, pimpinan Pas perlu bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selepas muktamar di Pahang untuk bertugas di sana. 

“Jadi, dengan jadual di sana, adakah kita nak kena tinggalkan semua dan lari balik? Kalau semua ada di sini, itu memanglah yang terbaik tetapi dari satu sudut pula, kerja-kerja menyelamat serta membantu tidak terhalang dengan ketiadaan pimpinan utama. 

“Kalau air nak naik, waktu Menteri Besar atau Perdana Menteri ada di sini pun, air akan naik juga,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Pokok Sena di sini, hari ini. 

Sebelum ini tular di media sosial tuduhan menyatakan Muhammad Sanusi bercuti di luar negara bersama isterinya ketika Kedah dilanda banjir dan ribut. 

Namun Pejabat Menteri Besar menjelaskan, Muhammad Sanusi berada di Jepun bagi urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah di wilayah Kumamoto memandangkan Kedah dijangka melaksanakan projek sama di Langkawi. 

Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama Pas berkata, bencana yang terjadi tidak sepatutnya dijadikan kepentingan politik ketika banyak pihak bertungkus-lumus untuk membantu mangsa. 

“Sepatutnya kita hargai usaha agensi terlibat seperti polis dan bomba yang banyak membantu. Tak perlu kita politikkan isu banjir ini. Jadikan musibah ini sebagai medan berkhidmat serta tolong-menolong dan bukannya menjadi masa untuk membuat dosa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN