Kalau mahu jadi bukti, saya rakam Ebit sedang &@#$ - Pengadu

Kalau mahu jadi bukti, saya rakam Ebit sedang &@#$ – Pengadu

EBIT Lew semasa menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: “Kalau saya mahu jadikan bukti, saya akan rakam Ebit Lew yang tengah &@#$ semasa panggilan video. Tapi, saya tidak rakam sebab masa itu niat saya bukan untuk (jadikan) bukti.”

Pengadu yang juga saksi kesembilan menyatakan perkara itu dalam keterangannya semasa menjawab pertanyaan peguam bahawa dia membuat rakaman panggilan video perbualan antara dia dan Ebit Lew tanpa sebarang bantahan.

Katanya, ada hikmah disebalik perbuatannya merakam panggilan video bersama pendakwah terkenal, Ebit kerana ia boleh digunakan sebagai bukti pada perbicaraan berkenaan.

Biarpun pada awalnya dia rakam panggilan video berkenaan tanpa sebarang niat untuk menggunakan video berkenaan sebagai bahan bukti tapi, sekarang dia rasa ada hikmah dia buat begitu.

“Masa itu memang gerak hati saya untuk rakam dan itu adalah kali pertama saya buat rakaman. Kalau tanya pada hari ini, bagi saya ada hikmah saya rakam. Hikmahnya saya dapat bagi dengar polis, itu memang suara Ebit Lew.

“Untuk guna video ini saya tidak menyesal sebab saya boleh guna sekarang untuk mendapatkan keadilan untuk diri saya yang Ebit pernah pengaruhi saya,” katanya semasa sesi pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mengenai pertanyaan peguam bagaimana dia pasti itu adalah Ebit Lew selain daripada suara, pengadu memberitahu, memang Ebit Lew yang menelefon dia.

Kata pengadu, dia tidak menyesal rakam video berkenaan biarpun suaminya marah apabila dengar nada suaranya manja-manja ketika panggilan video berkenaan. Rakaman video berkenaan membantu dia kerana ada suara Ebit Lew dalam rakaman tersebut.

Menurut pengadu, rakaman panggilan video tersebut dibuat dalam keadaan dia sedang berbaring namun, dia tidak menunjukkan rakaman tersebut kepada orang lain termasuk Ebit Lew.

Pengadu turut mengakui bahawa dia sedar rakaman panggilan video tersebut boleh digunakan untuk menentangnya di mahkamah. 

Melalui rakaman panggilan video tersebut, pengadu menafikan mempunyai hubungan bersama Ebit Lew. Sekiranya mereka berdua mempunyai hubungan sudah pasti pengadu akan mengikut segala kehendak Ebit Lew tetapi, dia menolak dan tidak ikut.

“Masa itu (panggilan video), dia minta tunjuk $$$$, kaki tapi saya memang tidak tunjuk. Selepas itu, saya sekat (nombor telefon) sebab saya takut dan tidak mahu lagi terpengaruh dengan permintaan Ebit,” katanya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit Lew diwakili peguam Datuk Ram Singh, Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Perbicaraan disambung semula esok pada pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya