Kalau ada tawaran, saya tak akan tolak - Linda Onn - Utusan Malaysia

Kalau ada tawaran, saya tak akan tolak – Linda Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan, Linda Onn, mengakui rindu untuk kembali aktif bekerja sebagai penyampai radio.

Kata Linda, sekiranya berpeluang, dia bersedia dan tidak akan mensia-siakan tawaran untuk kembali bersiaran.

“Memang saya rindukan kerjaya sebagai penyampai radio. Ini minat saya. Tetapi setakat ini, belum ada tawaran yang saya terima.

“Penyampai radio ini ibarat pelakon dan penyanyi, ada ketika menghilang dan kemudian kembali semula.

“Begitu juga dengan saya. Kalau ada tawaran untuk bersiaran, saya tak akan tolak,” katanya.

Linda berkata demikian ketika majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir X RidzOkumura, baru-baru ini.

Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah Onn memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era pada tahun 1998.

Anak kelahiran Singapura ini kemudian meneruskan pembabitan bersama Sinar fm sebelum bergelar penyampai di Suria fm dan Kool fm.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini dalam pada itu percaya penyampai radio sepertinya masih mempunyai tempat dan pengikut dalam industri berkenaan.

“Dulu ramai penyampai (radio) yang serius, kemudian dunia radio dimeriahkan pula dengan kemunculan peserta Akademi Fantasia.

“Kini zaman pelawak, pelakon dan penyanyi pula menjadi penyampai (radio). Trend sentiasa berubah.

“Tapi saya percaya, penyampai radio zaman saya akan kembali mewarnai industri tersebut. Sebab itu saya katakan, kalau ada rezeki untuk kembali bersiaran, saya tak tolak,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya