'Kahwinlah kerana Allah, kahwin kerana undi tak sah'

‘Kahwinlah kerana Allah, kahwin kerana undi tak sah’

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor ketika sidang media Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Kali ke-64 di Kompleks al-Makmur di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: ‘Berani ke?’. Itu reaksi spontan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor ketika diajukan soalan mengenai cadangan wakil Pemuda Pas untuk berkahwin dengan kaum lain sebagai usaha untuk menarik pengundi kepada parti itu.

Beliau berkata, tidak menjadi isu sekiranya ahli Pas ingin berkahwin dengan kaum lain seperti cadangan yang dibuat perwakilan Pemuda Pas berkenaan.

Namun Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, setiap perkahwinan hendaklah ikhlas kerana Allah dan bukan kerana untuk mendapatkan undi.

“Ini salah satu cara (kahwin campur) tiada masalah apa pun. Mungkin pada pandangan sesetengah orang ia (cadangan) munasabah.

“Kahwinlah kerana Allah Taala, kahwin kerana undi tak sah,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat Kali ke-64 di Kompleks al-Makmur di sini hari ini.

Kira-kira 736 perwakilan Muslimah Pas daripada 184 bahagian menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali ini.

Dalam pada itu ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara, Muhammad Sanusi berkata, dia tidak pernah bercita-cita menjadi antara barisan pemimpin tertinggi negara.

Jelasnya, beliau menyerahkan kepada parti mengenai jawatan yang disandang kerana beliau adalah ‘orang parti’ dan akan mengikut ketetapan diberikan parti itu.

“Saya tak sedia (jadi Perdana Menteri) carilah org lain, saya ini orang parti saya, tak ada ‘target’ untuk diri sendiri.

“Parti yang susun saya, parti suruh jaga cawangan saya jaga cawangan, parti suruh duduk di negeri saya jaga negeri, saya tak ada cita-cita peribadi dalam parti,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN