Kadar tol boleh dikurangkan jika kos pembinaan dikawal - PM

Kadar tol boleh dikurangkan jika kos pembinaan dikawal – PM

ANWAR Ibrahim merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (Arah Selatan), semalam. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar tol lebuh raya yang akan dibangunkan selepas ini boleh dikurangkan sekiranya kos pembinaannya dapat dikawal selain tidak berlaku sebarang unsur ketirisan dan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, wujudnya ‘bayaran-bayaran’ bagi tujuan mempercepatkan kelulusan dalam setiap projek pembangunan sebelum ini juga menyebabkan kos projek terbabit meningkat.

“Selalu dibangkitkan tentang tol di negara ini dan saya harap supaya kos pembangunan lebuh raya itu dapat diteliti supaya jangan ada kebocoran. Kalau kos dikawal, tidak ada ketirisan dan rasuah ada kemungkinan kita turunkan kadar tol, itu biasa.

“Saya pernah ucap dulu, semasa pengalaman saya dengan UEM di peringkat awal, bagaimana kos itu terpaksa ditingkatkan pada hal boleh dikurangkan kerana terlalu banyak bayaran yang diberikan untuk pantaskan kelulusan. Ini mesti dihentikan, saya percaya untuk projek-projek seterusnya pastikan kelulusan disegerakan,” katanya.

Anwar berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), Lebuh Raya Utara Selatan di sini, hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan lagi, perkara itu boleh berlaku kalau semua pihak bertanggungjawab dan merasakan (projek lebuh raya) itu adalah projek demi kemudahan  rakyat.

“Sebagai contoh, baru-baru ini kita melancarkan Rumah Madani di Taman Desa kerana saya tekankan di Kuala Lumpur keperluan perumahan itu mendesak, orang tunggu berpuluh tahun dan yang tunggu itu sebenarnya berpendapatan rendah.

“Mahu tunggu nak dapat kelulusan dua tahun, kena bayar kepada pegawai itu. Kepada orang ini, kos meningkat, tunggu lama, jadi apabila kita desak, kita tekan, pastikan peraturan diikuti jangan ada ketirisan dan jangan ada orang ambil kesempatan dan keuntungan haram, ia boleh dilakukan, kalau kita ada pendirian yang jelas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya