Jurang keupayaan AI bidang pertahanan ketara, beri impak negara membangun

Jurang keupayaan AI bidang pertahanan ketara, beri impak negara membangun

MOHAMED Khaled (tiga kanan) pada sesi hari kedua REAIM 2024 yang berlangsung di Seoul hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Jurang keupayaan kecerdasan buatan (AI) yang wujud terutamanya dalam bidang pertahanan bakal menyebabkan Malaysia dan beberapa negara membangun lain berada dalam keadaan kurang menguntungkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbezaan jurang itu dilihat wujud dalam beberapa bidang pertahanan seperti pengawasan, peperangan siber selain sistem autonomi.

“Jadi, saya berpendapat perbezaan jurang itu akan menyebabkan negara membangun seperti Malaysia dan beberapa negara selatan lain berada dalam keadaan kurang menguntungkan.

“Jika tidak ditangani sebaiknya, jurang besar antara negara itu akan menyebabkan monopoli besar selain eksploitasi dan amalan berat,” katanya pada Sesi Meja Bulat Menteri sempena Sidang Kecerdasan Buatan (AI) yang Bertanggungjawab dalam Bidang Ketenteraan (REAIM) 2024 di sini tadi.

Menerusi sesi itu, Mohamed Khaled bersama delegasi antarabangsa lain seperti Menteri Luar Republik Czech, Jan Lipavsky; Menteri Pertahanan Cameroon, Joseph Beti Assomo dan Menteri Pertahanan Rwanda, Juvenal Marizamunda berbincang berkaitan topik kebimbangan dan cabaran AI.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, perbezaan jurang itu berkemungkinan menggagalkan idea penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika dalam domain ketenteraan.

Menurut Mohamed Khaled, meskipun Malaysia mempunyai Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025, namun masih cabaran wujud berkaitan teknologi AI.

“Saya mengakui terdapat cabaran (AI) bukan sahaja dalam konteks sektor pertahanan dan keselamatan Malaysia, tetapi (wujud) di kebanyakan kawasan selatan global.

“Antara kebimbangan kita juga khususnya bagi Malaysia dan negara selatan global lain ialah mengenai keupayaan teknologi AI sendiri serta kekurangan bakat,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, meskipun isu berkaitan AI memerlukan perhatian khusus, namum bidang itu mempunyai potensi tinggi dalam perlumbaan antara kuasa terkemuka dunia.

Untuk rekod, hari ini merupakan sesi terakhir bagi sesi REAIM 2024 di mana esok Mohamed Khaled akan menghadiri Dialog Pertahanan Seoul yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-Soo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya