Jumlah mangsa banjir tinggal 1,508 orang di Kedah - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir tinggal 1,508 orang di Kedah

KESAN lumpur pada pokok-pokok menunjukkan paras air ketika berlakunya banjir baru-baru ini di Kampung Padang Luar, Jitra. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 1,508 mangsa daripada 443 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas banjir di negeri ini sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jumlah mangsa banjir itu terus menunjukkan penurunan berbanding 2,618 orang yang direkodkan setakat pukul 6 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pendang mencatatkan jumlah mangsa seramai 908 orang daripada 250 keluarga, diikuti Kota Setar 569 orang daripada 181 keluarga.

Pokok Sena pula hanya tinggal 31 mangsa daripada 12 keluarga. Cuaca di ketiga-tiga daerah terlibat dilaporkan baik sehingga tengah hari ini tanpa hujan di mana-mana tempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN