Jumlah mangsa banjir terus menurun di Pulau Pinang

Jumlah mangsa banjir terus menurun di Pulau Pinang

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS di Pulau Pinang kini hanya 556 orang sehingga pukul 8 pagi ini berbanding 582 orang, petang semalam.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seramai 556 mangsa banjir daripada 152 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu menunjukkan berlakunya trend penurunan berbanding 582 mangsa yang berada di situ sehingga pukul 5.21 petang semalam.

“Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih terdapat 421 mangsa daripada 109 keluarga masih berada di empat PPS yang dibuka di daerah tersebut.

“Sementara itu, 95 mangsa daripada 24 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala 40 mangsa daripada 19 keluarga pula masih berada di sebuah PPS di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, setakat ini, empat daripada 11 buah PPS telah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti, Dewan Bukit Teh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa dan Dewan Sungai Bakap.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia setakat pukul 9 pagi ini mendapati, cuaca di kebanyakan tempat di negeri ini sama ada di Seberang Perai atau bahagian pulau, dilaporkan agak cerah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN