Jumlah mangsa banjir di Kedah melonjak kepada 2,043 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Kedah melonjak kepada 2,043 orang

PENDUDUK yang terjejas banjir dipindahkan oleh anggota APM Pendang ke PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penduduk yang terjejas banjir di negeri ini terus melonjak dengan ketara apabila seramai 2,043 mangsa daripada 343 keluarga direkodkan sehingga pukul 11 malam ini.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan daripada 675 mangsa yang direkodkan setakat pukul 5 petang tadi melibatkan empat daerah.

Terkini, dua lagi daerah yang turut terjejas adalah Kuala Muda dan Kota Setar berbanding hanya daerah Pokok Sena; Pendang; Kulim dan Kubang Pasu.

Kuala Muda mencatatkan 54 mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), manakala 37 mangsa di sebuah PPS di Kota Setar.

Sementara itu, kesemua mangsa banjir kini ditempatkan di 11 PPS yang dibuka di enam daerah terjejas dengan PPS Maahad Tarbiah Islamiyah Derang di Pokok Sena mencatatkan jumlah teramai iaitu 718 mangsa.

PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang pula merekodkan 678 mangsa daripada 43 keluarga, manakala 230 penduduk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, Pokok Sena. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN