SUNGAI PETANI: Pendedahan dibuat ibunya dengan bacaan ayat suci al-Quran sejak berusia setahun membantu Nur Muhammad Al-Akhyar Noor Azam, 12, muncul juara sebuah pertandingan Musabaqah Hafazan al-Quran di daerah ini. Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bakti, Kuala Nerang itu memperoleh markah penuh 100 peratus sekali gus melayakkannya untuk memenangi pertandingan tersebut dengan menewaskan 50 peserta lain. Ibunya, Nor Hayati Abu, 45, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu sudah diberi pendedahan seawal usia setahun melalui kaedah pendengaran bacaan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya. Nor Hayati yang juga seorang guru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya