Jihan Muse terima kecaman, diminta hentikan lawak berbaur sindiran - Utusan Malaysia

Jihan Muse terima kecaman, diminta hentikan lawak berbaur sindiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara, Jihan Muse, 41, dihujani kecaman susulan tindakannya yang didakwa seakan-akan memerli penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein ketika mengacarakan rancangan The Chosen One baru-baru ini.

Rata-rata netizen, yang menyerang Instagram pelawak tersebut, meminta Jihan menghentikan tindakannya itu yang dianggap warganet sebagai tidak profesional.

“Job masing-masing, jangan sibuk perli orang lain ketika tengah bekerja. Mana profesionalisme bekerja kau?” komen netizen.

“Jadi pengacara atau emcee kena banyak belajar. Ini tidak, habis-habis dalam kepala otak itu cari benda nak membahan orang. Penuhkan ilmu didada, nampak cerdik bila berkata-kata,” tulis netizen lain.

“Beza orang ada ilmu dan kosong. Kadang kesian bekas-bekas pelawak ini try hard sangat. Melawak, perli dan memalukan orang lain ini zaman 20 tahun lepas, boleh,” tegur seorang lagi netizen.

Terdahulu Jihan Muse yang bergandingan dengan Haziq Hussni menerusi rancangan berkenaan dikatakan telah menyindir Elly menerusi usikannya terhadap Haziq yang menggambarkan personaliti Elly sewaktu menjadi pengacara program All Stars Gegar Vaganza tahun lalu.

Enggan berdiam diri, Elly yang terkilan dengan perkara itu, tampil menyelar Jihan di Instagramnya, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN