Jeti runtuh, pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar-Hutang Melintang lewat

Jeti runtuh, pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar-Hutang Melintang lewat

RIZAM Ismail (tengah) bersama peserta program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, kelmarin. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Projek pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar – Hutan Melintang, dekat sini dijangka menghadapi kelewatan berikutan jeti nelayan di sekitar kawasan itu runtuh, baru-baru ini.

Kejadian itu melibatkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Exco Kemajuan Desa, Perpa­duan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, projek jambatan sepanjang 2.8 kilometer (km) itu masih berjalan seperti dijadualkan setakat ini.

Namun, jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu, berlaku masalah runtuhan di sebuah jeti LKIM berdekatan jambatan tersebut.

“Justeru, projek itu mungkin lewat kerana memerlukan pro­ses membaik pulih atau membina tapak jeti yang baharu.

“Saya bagaimanapun berharap isu itu dapat diselesaikan dan jambatan berkenaan di­siapkan juga pada 2026,” kata­nya selepas merasmikan program sambutan Maulidur Rasul dan Jiwa Merdeka Parlimen Tanjong Karang di sini, kelmarin.

Utusan Malaysia pada 5 Jun lalu melaporkan, jambatan menghubungkan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Perak itu dijadualkan siap sepenuh­nya pada Jun 2026.

Pembinaan jambatan merentasi Sungai Bernam itu mampu memendekkan jarak perjalanan sejauh 40km bagi penduduk setempat antara dua negeri tersebut.

Projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM219 juta yang tertangguh sejak sekian lama itu bakal merancakkan ekonomi setempat, pembangunan dan pelancongan selain mengurangkan kesesakan trafik di Le­buhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti masalah hakisan tebing parit Masjid Ubudiah Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera.

“Masjid itu berada berdekatan pantai dan ia berisiko tinggi berlaku hakisan. Kita meneliti masalah itu dan berharap dapat diselesaikan bagi mengelak ia terus berlarutan,” katanya.

Minggu lalu, akhbar ini me­laporkan pihak pengurusan dan jemaah resah apabila masjid berusia 70 tahun itu ibarat menanti rebah kerana diancam hakisan tebing parit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN