Jennie nafi bercinta dengan BamBam GOT7 - Utusan Malaysia

Jennie nafi bercinta dengan BamBam GOT7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi kumpulan Blackpink, Jennie, menafikan khabar angin bercinta dengan ahli kumpulan GOT7, BamBam.

Spekulasi percintaan timbul apabila kedua-dua bintang itu dilihat berjalan bersama ke sebuah restoran makanan Jepun terkenal di Los Angeles.

Dalam sebuah kenyataan yang dikongsikan syarikat milik Jennie, OA Entertainment menjelaskan mereka berdua sudah lama berkawan dan tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa. 

“Khabar angin percintaan itu tidak benar. Mereka berdua hanyalah dua orang kawan lama yang bertemu di Los Angeles. 

“Jennie sekarang sedang fokus untuk melancarkan sebuah lagu solo bersama syarikat pengurusan Amerika Syarikat,  Columbia Records,” tulis kenyataan itu.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila paparazi di Amerika Syarikat berkongsi beberapa foto memaparkan BamBam dan Jennie mengunjungi sebuah restoran.

Bagaimanapun, peminat mendakwa restoran berkenaan merupakan tempat makanan kesukaan ahli kumpulan Blackpink setiap kali ke Los Angeles.

Tidak hanya itu, turut kelihatan dalam gambar berkenaan ialah pengurus kepada Jennie menjelaskan bahawa pertemuan mereka hanyalah sekadar teman biasa. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN