Jenazah Raja Petra dikebumikan Tanah Perkuburan Manchester Selatan

Jenazah Raja Petra dikebumikan Tanah Perkuburan Manchester Selatan selepas zuhur

RAJA PETRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penulis blog, Allahyarham Raja Petra Al Haj Raja Kamarudin yang meninggal dunia pada Isnin lalu (9 September) akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Manchester Selatan di Jalan Chorlton, Manchester, United Kingdom, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Malaysia Today.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Khizra 425, Jalan Cheetham Hill, Manchester.

“Solat jenazah akan didirikan di masjid itu sekitar pukul 8 malam waktu Malaysia (selepas solat fardu zuhur, pukul 1 tengah hari waktu UK).

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Amin ya rabbal ‘alamin,” katanya.

Raja Petra yang lebih dikenali sebagai RPK menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN