Jangan korbankan masa depan GPMS, patuh segera arahan Pendaftar Pertubuhan Belia

Jangan korbankan masa depan GPMS, patuh segera arahan Pendaftar Pertubuhan Belia

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berbaki enam hari lagi, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dilihat masih ‘membisu’ berhubung pemilihan ahli majlis tertingginya biarpun notis sudah dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Bekas Presiden GPMS ke-22, Jais Abdul Karim berkata, GPMS diminta supaya tidak mengorbankan masa depan pertubuhan itu hanya kerana ketidakpatuhan kepada perlembagaan.

Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi berteraskan pendidikan dan memperjuangkan nasib anak-anak Melayu, GPMS seharusnya menunjukkan contoh kepimpinan matang, bijak dan berintegriti.

“Sebagai bekas presiden, saya suarakan perkara ini kerana perlembagaan parti sepatutnya perlu dipatuhi dan dihormati.

“Perlembagaan GPMS jelas menyatakan pemilihan majlis tertinggi perlu dilakukan setiap tiga tahun dan jika gagal dibuat ia boleh membawa implikasi buruk kepada organisasi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau memahami cabaran dan tekanan yang mungkin dirasai pimpinan GPMS ketika ini, namun ia bukan alasan untuk melanggar peraturan yang ditetapkan.

Merujuk kepada surat dihantar ROY bertarikh 16 Julai dan 15 Ogos lalu, GPMS diarahkan melaksanakan pemilihan majlis tertinggi sebelum 16 September ini.

Sebelum ini tular di Facebook menyatakan Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi dan ahli majlis tertinggi memutuskan tiada pemilihan seperti diarahkan ROY sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

Selain itu, Jais berkata, beliau menyeru agar semua pimpinan GPMS Kebangsaan mengambil tindakan segera menyelesaikan isu ini dengan baik.

Dalam pada itu, bekas Presiden GPMS ke-25, Alif Anas Md Noor pula berkata, pemilihan majlis tertinggi adalah salah satu kuasa yang ditetapkan dalam persidangan agung.

Menurutnya, sekiranya Majlis Tertinggi GPMS membuat keputusan menangguhkan proses pemilihan, keputusan itu perlu dibawa ke Persidangan Agung Khas (PAK) terlebih dahulu supaya ia diluluskan.

Katanya, selepas diluluskan PAK, barulah GPMS boleh memohon penangguhan kepada pihak ROY dan terpulang untuk meluluskannya ataupun tidak.

Difahamkan, GPMS diberi tempoh sehingga 16 September ini seperti notis yang dikeluarkan oleh ROY. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya