Jangan gerun kepada sesiapa – Anwar

Jangan gerun kepada sesiapa – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Kewangan supaya tidak gerun dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah masing-masing.

Perdana Menteri turut memberi jaminan akan mempertahankan petugas itu selagi mereka memegang amanah dengan baik.

“Kalau orang kaya dapat limpahan kekayaan begitu banyak, bersekongkol dengan kelompok elit untuk elak membayar cukai, jadi itu mendera rakyat.

“Jadi saya memberi jaminan baik kastam, LHDN, jalankan tugas saudara dengan profesional, kalau ada rayuan munasabah, berikan pertimbangan mengikut proses yang biasa tapi jangan gerun dengan mana-mana nama tanpa kecuali,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengimbau pengalamannya sewaktu memegang jawatan sama suatu ketika dahulu, bagaimana beliau mempertahankan tindakan seorang pegawai yang menegur seorang pengerusi sebuah agensi kerana berlaku kepincangan kewangan.

“Ada satu pegawai kewangan junior hadir, tapi menegur pengerusi, mantan timbalan Menteri (bergelar datuk) yang senior kerana cadangan itu melanggar peraturan Kementerian Kewangan.

“Datuk itu terus meluru ke pejabat Menteri Kewangan mengemukakan bantahan dan mengatakan ‘anak muda ini nak mengajar kita, nak bantah kita’.

“Saya kata tak apa, saya minta laporan, saya panggil pegawai terbabit dan dia bagi laporan. Saya buat keputusan pada masa itu menyokong tindakan pegawai muda itu kerana melaporkan (kesalahan tersebut),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN