Jangan campak dalam sungai, sinki, lupus ubat secara selamat

Jangan campak dalam sungai, sinki, lupus ubat secara selamat – KKM

LUKANISMAN Awang Sauni melancarkan Inisiatif MyMediSAFE di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat diminta melupuskan ubat-ubatan mereka secara selamat dan bertanggungjawab kerana pelupusan ubat tidak teratur memberi implikasi kepada alam sekitar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata,  banyak kaedah salah yang digunakan orang awam sebelum ini untuk melupuskan ubat-ubatan seperti membuang ubat ke dalam sinki atau lubang tandas, selain dicampak ke dalam sungai.

Katanya, kaedah pelupusan ubat yang betul perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti memastikan ubat itu telah tamat tempoh dan menghapuskan tanda hologram yang terdapat pada plastik dan kotak ubat.

“Kemudian kita masukkan ke dalam beg kertas dan hantar ubat tersebut ke tong pelupusan dan mereka tahu apa yang dilakukan untuk proses pelupusan yang terbaik dan selamat,” katanya ketika melancarkan inisiatif baharu Pelupusan Ubat-Ubatan Dalam Simpanan Pesakit Demi Kelestarian Alam Sekitar (MyMediSAFE) di sini hari ini.

Inisiatif itu bertujuan membantu pesakit menguruskan ubat-ubatan mereka dengan selamat dan bertanggungjawab melalui kerjasama awam-swasta untuk menyediakan ruang pelupusan ubat secara lebih teratur dan selamat.

Ketika ini, terdapat sebanyak 854 pusat pengumpulan ubat-ubatan MyMediSAFE di seluruh negara.

“Kita harap perkhidmatan ini harus lah diuar-uarkan kepada masyarakat memandangkan isu berkaitan pelupusan ubat ini masih lagi bukan subjek yang diketahui oleh masyarakat umum.

“Jadi melalui inisiatif ini masyarakat diberi kesedaran dan pendidikan untuk melupuskan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau luput dalam simpanan mereka secara betul dan selamat,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya