Jangan buat ‘content TikTok’ di kawasan tanah jerlus - Polis KL

Jangan buat ‘content TikTok’ di kawasan tanah jerlus – Polis KL

RUSDI Mohd Isa bercakap pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai  tidak menghampiri kawasan tanah jerlus termasuk membuat kandungan media sosial di Masjid India di sini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, polis setakat ini masih menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan 

Katanya, polis juga melarang sebarang tindakan sama ada untuk membuat ‘content yang tidak perlu disebabkan kawasan itu masih dalam pemerhatian teliti oleh pihak berwajib.

“Saya tidak pasti ia (lubang) dikambus atau tidak, kerana tindakan itu dilakukan oleh beberapa agensi lain tetapi bagi polis, kita akan letakkan pemantauan minimal di situ, dengan sedikit kawalan.

“Saya sudah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk meletakkan anggota di situ kerana kita tidak mahu ada orang awam yang datang mahu membuat ‘content’ TikTok atau tengok-tengok. Jangan bahayakan diri kerana lubang itu dalam,” katanya dalam sidang akhbar, di Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. 

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)  dihentikan atas faktor keselamatan. 

Dalam pada itu, Rusdi berkata, pihak bertanggungjawab sedang menjalankan kerja ujian tanah sebelum proses cerucuk dibuat sepanjang tebing terlibat. 

“Sebelum ini DBKL sudah keluarkan notis kepada 14 buah perlu dikosongkan manakala tiga buah rumah boleh diduduki.

“Kita sedang menunggu tempoh masa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mereka (penduduk) pulang,” katanya.

Media sebum melaporkan, seramai 52 penduduk sekitar Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn, Setapak, di sini, yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 23 Ogos lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dilaporka berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 itu memaksa penghuni di 17 unit rumah teres berpindah kerana berlaku pergerakan tanah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya