Jamal Abdillah tidak abai tanggungjawab, sedia bantu Zaki jika diperlukan - Utusan Malaysia

Jamal Abdillah tidak abai tanggungjawab, sedia bantu Zaki jika diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah sentiasa bersedia untuk membantu anaknya, Zaki Yamani jika memerlukan bantuan kewangan yang kini melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Jelas Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, perkara tersebut dilihat sebagai tanggungjawabnya sebagai sebagai seorang bapa meskipun mengetahui Zaki memilih untuk membayar sendiri yuran pengajiannya berjumlah RM40,000.

“Sebagai seorang ayah yang tak mahu mengeruhkan keadaan dan bersabar. Saya ada tanya dia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tiada jawapan.

“Dan kini dia dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, itu yang saya dengarlah. Saya ikutkan saja dan kalau untuk belajar, saya akan tanggung.

“Kalau Zaki perlu bantuan, saya akan beri. Tanggungjawab saya sebagai seorang ayah akan diteruskan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Amal Night of Love & Compassion semalam.

Selain itu, penyanyi lagu Seroja itu turut memaklumkan dirinya tidak mahu masuk campur mengenai urusan kursus pengajian yang dipilih Zaki kerana tidak mahu anaknya itu tertekan jika berbuat demikian.

“Saya ada dengar tentang Zaki sambung belajar daripada datuk dan nenek dia. Saya sendiri pun tak dapat khabar berita daripadanya.

“Saya faham situasi ini, rumah dan ibu lain. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan dan enggan dia stres atau tertekan, saya biarkan.

“Setakat ini memang saya mengikuti perkembangan hidup mereka. Namun, kalau untuk belajar, memang saya akan tanggung,” ujarnya.

Terdahulu, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajiannya dalam bidang muzik di sebuah IPTS.

Tambah Zaki, dia juga tidak memberitahu mengenai perkara itu kepada Jamal dan berkongsi khabar itu dengan orang terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya