Jaga hubungan kaum, perkukuh perpaduan

Jaga hubungan kaum, perkukuh perpaduan

RAKYAT harus bersama-sama menghadapi segala cabaran dan memastikan Malaysia kekal aman, makmur dan dihormati di persada dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengajak seluruh rakyat Malaysia terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuh perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat harus bersama-sama menghadapi segala cabaran dan memastikan Malaysia kekal aman, makmur dan dihormati di persada dunia.

Katanya, sejak 1963, negara dibina berasaskan nilai toleransi, keharmonian dan kesepakatan.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan perpaduan yang terjalin antara rakyat Malaysia adalah asas kepada kemajuan yang kita kecapi.

“Kemerdekaan sejati bukan hanya mengenai kebebasan daripada penjajah, tetapi kebebasan untuk hidup bersama dalam suasana harmoni, saling menghormati dan bersatu-padu,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Malaysia semalam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa rakyat terus mengukuhkan perpaduan, kebersamaan dan patriotisme demi membina negara yang teguh, bersatu, makmur dan sejahtera.

Katanya, kerajaan Persekutuan yang dibentuk atas nama Kerajaan Perpaduan adalah manifestasi pentingnya perpaduan dalam menoktahkan percakaran politik supaya Malaysia dapat bergerak maju, memacu ekonomi, lebih makmur dan sejahtera.

“Tema sambutan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menterjemah semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi, seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

“Masyarakat berjiwa merdeka juga menekankan pentingnya adab, etika dan integriti dalam setiap aspek kehidupan, selamat menyambut Hari Malaysia 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya