Jaga bunuh rakan dituduh di mahkamah - Utusan Malaysia

Jaga bunuh rakan dituduh di mahkamah

Jaga bunuh
PEKERJA pengawal keselamatan tiba di Mahkamah Majistret bagi menghadapi kes bunuhnya, di Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pekerja pengawal keselamatan tiba di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi menghadapi pertuduhan membunuh rakan sekerjanya dan meletakkan mayat di dalam but kereta.

Suspek lelaki berusia 20-an itu tiba kira-kira pukul 8.25 pagi dengan menaiki trak polis dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Suspek sebelum ini dilaporkan mempunyai masalah peribadi dan hutang dipercayai menjadi motif kes pembunuhan mangsa berusia 43 tahun sebelum ditahan pada 17 September lalu di rumahnya sekitar Sabak Bernam.

Penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian itu.

Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah disyaki dibunuh selepas mayatnya ditemui di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat mangsa yang cedera akibat ditikam dan dikelar dalam but kereta berkenaan.

Keluarga pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam itu menuntut supaya suspek segera dihadapkan ke muka pengadilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN