Isu sijil halal: Teresa tiba di Bukit Aman

Isu sijil halal: Teresa tiba di Bukit Aman

AHLI Parlimen Seputeh, Teresa Kok, hadir ke IPD Bukit Aman berhubung siasatan isu pensijilan halal pagi ini. UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk dirakam percakapan berkaitan kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Teresa dilihat memakai baju kurung berwarna putih  pukul 9.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Rakaman percakapan akan dibuat di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),Bukit Aman. 

Media semalam melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat semalam sebanyak 28 laporan polis terhadap Naib Presiden DAP berhubung kenyataanya isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Rentetan itu, satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin menegaskan, walaupun kebebasan memberikan pendapat itu dibenarkan melalui Perlembagaan Persekutuan namun terdapat limitasinya.

Jumaat lalu, Teresa berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN