Isu sijil halal: Teresa adakan sidang media lepas beri keterangan

Isu sijil halal: Teresa adakan sidang media lepas beri keterangan

TERESA Kok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok akan mengadakan sidang media selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengenai isu pensijilan halal.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, beliau sudah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya itu.

Kata Teresa, beliau akan ditemani oleh peguam DAP iaitu Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh.

“Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis semalam untuk memberi keterangan di Bukit Aman esok (Selasa) pukul 10 pagi,” katanya menurut Astro AWANI.

Sebelum ini, media melaporkan, polis akan mengambil keterangan Teresa esok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Teresa sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan pelaksanaan pensijilan halal ke atas restoran makanan seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Menurutnya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.

Ini kerana, Teresa mendakwa pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambahkan kos pentadbiran.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN