Isu kapal perang China diurus menerusi saluran diplomatik - Fahmi

Isu kapal perang China diurus menerusi saluran diplomatik – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu berbangkit mengenai kehadiran kapal perang China di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) akan diurus menerusi saluran diplomatik.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, isu itu tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kita tak membincangkan perkara itu secara khusus tapi sebarang isu berbangkit akan diurus menerusi saluran diplomatik,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pendirian Malaysia susulan usaha lebih 20 negara yang mahu membincangkan isu tuntutan China terhadap Laut China Selatan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Fahmi berkata, agenda itu juga tidak dibincang secara khusus hari ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili negara pada UNGA tahun ini bersama beberapa menteri lain.

“Tapi agenda khusus (sama ada Malaysia sertai 20 negara atau perkara lain) tidak dibincang hari ini memandangkan Menteri Luar juga tidak hadir dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Jadi kita perlu tunggu sebelum UNGA dan sebelum Menteri Luar berangkat ke UNGA,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 20 negara dijangka menyertai satu persidangan di luar UNGA di New York pada 22 September ini bagi membincangkan isu tuntutan Laut China Selatan dengan China.

Duta Filipina ke Amerika Syarikat (AS), Jose Manuel Romualdez, berkata sidang itu bertujuan mencari cara ‘untuk bercakap secara rasional’ dengan China mengenai konfrontasinya dengan Filipina di Laut China Selatan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya