Isu halal:  28 laporan polis  terhadap Teresa dibuat di seluruh negara

Isu halal:  28 laporan polis  terhadap Teresa dibuat di seluruh negara

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sebanyak 28 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal yang didakwa  Ahli Parlimen Seputeh itu akan  menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada peniaga kecil.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Selangor merekodkan aduan tertinggi terhadap Teresa iaitu dengan enam laporan polis diikuti Perak (lima laporan) dan Terengganu (empat laporan).

 

Kata beliau, sebanyak empat laporan  diterima di Kedah selain Kelantan (tiga laporan) ;  Negeri Sembilan dan Pahang (dua laporan) serta Kuala Lumpur dan Melaka (satu laporan).

 

“Kesemua laporan ini diterima di negeri-negeri berkenaan setakat pukul 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

 

Terdahulu, Razarudin mengesahkan keterangan Teresa akan diambil esok.

 

Keterangan teresa  akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada pukul 10 pagi.

 

Beliau berkata, terdapat beberapa saksi lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

 

Terdahulu, satu kertas siasatan dibuka polis terhadap Teresa di  bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melibatkan isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN