Isu GISBH: Sabah teliti jika ada pelanggaran akidah

Isu GISBH: Sabah teliti jika ada pelanggaran akidah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah akan membuat penelitian sekiranya wujud pelanggaran akidah dalam organisasi Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah akan membuat penelitian sekiranya wujud pelanggaran akidah dalam organisasi Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, jawatankuasa berkenaan akan bermesyuarat awal Oktober ini untuk membuat ketetapan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd di negeri ini.

Beliau berkata, mereka akan mendapatkan laporan kajian dan pemeriksaan daripada pihak berkaitan sebelum membuat sebarang ketetapan.

Katanya, sebelum ini, ajaran Al-Arqam melalui syarikat Rufaqa Corporation Berhad telah disenaraikan sebagai ajaran yang menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah.

Maka, penelitian akan dilakukan sama ada organisasi GISB Holdings ini sama dengan ajaran sebelum ini.

“Kita tidak boleh putuskan begitu sahaja bahawa ia sama dengan ajaran melalui syarikat Rufaqa. Kita akan buat keputusan dalam mesyuarat khas oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah. Sekiranya nilainya sama, unsurnya juga sama, kita akan putuskan,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Menurut Arifin, perkara berkaitan akidah akan dipantau oleh Pejabat Mufti melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah.

“Jawatankuasa ini akan berbincang secara berkala mengenai isu-isu hal ehwal agama termasuk halal, bidang akidah dan beberapa isu lain,” katanya.

Mohd. Arifin berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau rapat kegiatan yang dilakukan oleh organisasi tersebut dan apabila jawatankuasa telah membuat ketetapan maka, keputusannya akan dimaklumkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya