Isu counter setting di KLIA: Roney Irwan dicari SPRM

Isu counter setting di KLIA: Roney Irwan dicari SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes melepaskan warga asing masuk ke Malaysia menerusi ‘counter setting’.

Roney Irwan Mohamad Nor, 49, beralamat terakhir di No 48, Jalan Laman Bakawali, D/6 Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Syahmil Mohamad Ali di talian 03- 92065000 atau 013-4325791 atau emel kepada [email protected].

Terdahulu, SPRM sedang memburu seorang pegawai imigresen dipercayai dalang dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai terbabit dipercayai sudah melarikan diri sebaik siasatan operasi itu bermula.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya