Isteri saya pinangkan, dia ibu tunggal anak satu - Sanusi

Isteri saya pinangkan, dia ibu tunggal anak satu – Sanusi

sanusi
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) menyampaikan geran tanah kepada penduduk pada majlis penyerahan di Felcra Belimbing Tualak, Padang Terap. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Nor memberitahu,isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh yang meminang calon isteri keduanya yang merupakan seorang pegawai polis.

Katanya, perkara itu berlaku beberapa bulan lalu yang

“Saya kahwin dengan anggota polis. Isteri saya pergi meminang. Pinangan itu dibuat oleh isteri saya berbulan-bulan dulu, alhamdulillah sempurna, teratur, beres.

“Hari pertunangan, perkahwinan isteri saya ada, anak-anak saya hadir, semua proses dipatuhi.

“Tak da isu apa-apa, yang hangpa dok ligan kenapa,” katanya  pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Geran Tanah di Padang Terap, hari ini.

Menteri Besar Kedah itu menamatkan spekulasi apabila akhirnya mengakui beliau sudah bernikah dengan seorang pegawai polis, baru-baru ini.

Muhammad Sanusi berkata, pernikahan itu dilakukan secara teratur termasuk majlis peminangan yang dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN