Israel serang kem pelarian Jenin di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Israel serang kem pelarian Jenin di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan kejam Israel yang melancarkan serangan dahsyat di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki. 

Serangan itu menyebabkan penduduk Palestin terputus bekalan makanan, sumber air, elektrik dan akses internet, lapor Al Jazeera. 

Dalam tempoh 24 jam lalu, angka terkini jumlah korban sudah mencecah 61 orang akibat serangan itu.  

Secara keseluruhan, seramai 40, 691 rakyat Palestin terbunuh dan 94,060 yang lain cedera sejak serangan balas Israel, 7 Oktober, tahun lalu. 

Dalam perkembangan lain, tentera Israel mengesahkan mayat yang diambil dari Gaza adalah milik enam tawanan iaitu, Hersh Goldberg-Polin, 23, Eden Yerushalmi, 24, Ori Danino, 25, Alex Lubnov, 32, Almog Sarusi, 25 dan Carmel Gat. 40. 

Kesemua mereka kecuali Gat diculik dari Festival Muzik Nova di selatan Israel, tahun lalu. 

Pihak tentera berkata, keenam-enam mangsa ‘dibunuh’ oleh pejuang Hamas di Gaza, dan mayat mereka ditemukan dalam terowong bawah tanah di Rafah, kira-kira satu atau dua hari selepas mereka dibunuh. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN