Israel sekat bekalan air ke hospital Jenin - Utusan Malaysia

Israel sekat bekalan air ke hospital Jenin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel menyekat bekalan air daripada mengalir masuk ke Hospital Kerajaan di Jenin, sekali gus berisiko mengganggu perkhidmatan dialisis buah pinggang, lapor
agensi berita Anadolu.

Pengarah Pusat Pertahanan Awam Jenin, Dargham Zakarneh berkata, tentera Isrel sengaja bertapak di kawasan itu bagi menghalang laluan air ke kawasan hospital.

Untuk rekod, hospital itu memerlukan sekurang-kurangnya 100,000 liter air untuk kekal beroperasi.

Beliau memberi amaran halangan keperluan asas itu akan menyebabkan perkhidmatan dialisis harian pesakit terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN