Ismail Izzani silap percaturan? - Utusan Malaysia

Ismail Izzani silap percaturan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OKEY, Cik Bunga sudah dengar lagu terbaharu daripada Ismail Izzani berjudul Iman. Tidak dina fikan, pada mulanya Cik Bunga agak skeptikal dengan lagu tersebut dan bersikap ‘judgemental’ terhadap keputusan Ismail memilih lagu ini. 

Iyalah, setelah agak lama juga berhibernasi dalam berkarya muzik, Ismail muncul dengan Iman yang rasanya tidak ramai boleh menerima genre lagu sebegitu. 

Genre afrobeats kalau tidak biasa, mungkin orang akan cakap entah apa-apa lagu macam ini. 

Tetapi percayalah, daripada segelintir yang tidak suka, ramai lagi yang sebenarnya suka sebab ia kedengaran lebih segar dan catchy. Itu daripada aspek lagu. 

Cik Bunga bagaimanapun setuju juga dengan pendapat segelintir peminat Ismail yang tidak berapa berkenan dengan lirik yang dihasilkan. Ada betulnya apabila lirik lagu Iman ini seakan tidak ada arah tuju. 

Pendek kata, awak hendak ceritakan apa sebenarnya dalam lagu ini? Malah hendak tergelak juga Cik Bunga bila ada yang bertanya, siapa Iman di hati Ismail menerusi lagu ini? Alamak, betul juga pertanyaan itu. 

Siapa yang Ismail cuba maksudkan? Tetapi tidaklah Cik Bunga mahu berlebih-lebihan mengkritik sebab faham, mungkin Ismail sedang berusaha mahu berikan kelainan tetapi ada antara langkahnya kurang menjadi. 

Namun apa yang penting, di sebalik semua yang dia telah lalui, terutama kontroversi hangat dan sebagainya, kita sebagai pencinta seni muzik tempatan sepatutnya saling menyokong inisiatif penyanyi ini menerusi kemunculan semulanya dalam industri. 

Cik Bunga percaya, apa yang Ismail perlukan adalah sokongan ramai supaya dia mampu terus menghasilkan karya lebih bermutu. 

Mungkin selepas Iman, Ismail akan tampil dengan lagu lain yang lebih menjadi dan luar biasa. Betul tak? Kita tunggu sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya