Ira Kazar mungkin jadi penyanyi? - Utusan Malaysia

Ira Kazar mungkin jadi penyanyi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Bekas isteri pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Ira Kazar, memaklumkan dia telah ditawaran untuk terjun ke dalam bidang nyanyian.

Kata Ira, tawaran itu diterima dalam dia sibuk menerima pelawaan untuk membuat ulasan produk.

“Alhamdulillah, ketika ini, saya ada ambil job, ikut shooting dan buat ulasan produk (review). 

“Tawaran berlakon tiada, tapi menyanyi, ada. Insya-Allah, mungkin ada rezeki,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Ira hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih tatkala Ditanyakan mengenai penampilannya yang dikatakan lebih cantik sejak kebelakangan ini.

“Betul kah saya semakin cantik? Saya tiada komen mengenai itu. Cuma, terima kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran terhadap Syamsul.

Syamsul pada 5 September lalu menceraikan Ira dengan talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Pada 16 Ogos, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah tersebut.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya