Ira Kazar didakwa langgar taklik lima kali

Ira Kazar didakwa langgar taklik lima kali

IRA KAZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bekas isteri pengarah filem, Syamsul Yusof, Ira Kazar didakwa melanggar lafaz taklik sebanyak lima kali dan kali pertama didakwa dilakukan pada 14 Ogos lalu menyebabkan rumah tangga pasangan kontroversi itu berakhir.

Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd. Rais berkata, Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan perceraian tersebut pada pukul 10.30 pagi.

“Mahkamah berpuas hati bahawa wujud lafaz taklik dan Ira melanggar taklik sebanyak lima kali. Pelanggaran pertama dilakukan pada 14 Ogos lalu tanpa sebarang paksaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau enggan mengulas isu pelanggaran taklik namun memaklumkan prosiding cerai di Mahkamah Gombak Timur akan tetap berjalan 25 September ini.

“Namun, pihak-pihak hanya memaklumkan status percerai­an yang telah berlangsung di mahkamah ini,” katanya.

Lafaz cerai taklik merupakan lafaz cerai yang dilafaz suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat itu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Terdahulu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Mohd. Faizal memutuskan hubungan suami isteri antara Symasul atau nama sebenarnya Mohd. Shamsul Md. Yusof, 40, dan Ira Kazar terlerai dengan talak satu.

Beliau memutuskan demikian selepas demikian selepas mendapati wujud perlanggaran taklik oleh Ira tau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.

Peguam syarie Muhammad Fadhil Abd. Razak yang mewakili Ira berkata, mahkamah mengesahkan perceraian pasangan itu telah berlaku di luar mahkamah.

“Fokus kita bagi mendapatkan pengesahan susulan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik oleh Ira pada 21 Ogos lalu. Keterangan telah diambil dan mahkamah mengesahkan mereka bercerai talak satu. Kes cerai itu selesai,” ujarnya.

Pada 27 Ogos lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh bagi sebutan semula kes cerai itu selepas Ira tidak hadir ke mahkamah dan menyebabkan lafaz berkenaan tidak dapat dibuat.

Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.

Tuntutan perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Syamsul dan Ira berkahwin di selatan Thailand pada 6 Januari lalu sebelum  mendaftarkan perkahwinan itu di Perlis pada bulan sama.

Susulan itu, isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah memfailkan perceraian dan berpisah pada 14 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN