IPTA disaran kongsi hasil penyelidikan - Utusan Malaysia

IPTA disaran kongsi hasil penyelidikan

SEBAHAGIAN daripadapeserta Program Penyelidikan Marin KPT bergambar ketika mengunjungi Unit Penyelidikan Penyu, UMT di Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Institut pengajian tinggi awam (IPTA) disaran berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamad Hafizi Rosli berkata, pihaknya mendapati banyak kajian yang dijalankan IPTA boleh memberi kesan positif kepada kelestarian dan pembangunan negara.

Menurutnya, antaranya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjadi pelopor dalam bidang marin dan alam sekitar yang merupakan salah satu kajian penting dalam membangunkan potensi ekonomi baru di negara ini.

“Misi KPT bukan sahaja mahu memudahkan penyebaran ilmu tetapi juga bagaimana ilmu itu termasuk hasil kajian, boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan komuniti setempat.

“Jadi amat penting untuk sebarang penyelidikan diuar-uarkan agar ianya dapat dikongsi sambil meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu kajian.

“Contohnya UMT yang aktif dalam kajian marin dan perkongsian hasil penyelidikan itu kepada masyarakat bagi membantu pemuliharan ekosistem maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kembara Penyelidikan Marin KPT di Pulau Bidong di sini, semalam.

Program itu, Mohamad Hafizi memberitahu,
UMT antara universiti awam yang membuka pintu bukan sahaja kepada warganya, malah pihak luar yang berminat dengan bidang tujahan mereka.

Selain itu, tambahnya, usaha UMT yang menggalakkan pelajar tempatan bergiat aktif di lapangan termasuk di stesen penyelidikan luar juga berjaya melahirkan graduan yang holistik.

“Menerusi pendedahan secara teori dan praktikal di lapangan, bakat pelajar boleh digilap lebih baik sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.

“Ini sekaligus membentuk graduan yang lebih berilmu pengetahuan dan mereka juga dapat berkongsi atau menyampaikan ilmu kepada masyarakat di luar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya