Inilah identiti saya, orang suka atau tidak itu subjektif - Ayda Jebat - Utusan Malaysia

Inilah identiti saya, orang suka atau tidak itu subjektif – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat terbuka menerima kecaman yang menyifatkan usia dan status ibu anak dua itu tidak lagi sesuai untuk membawa lagu seperti single terbaharunya, Memerang.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 32, berkata, setiap pendengar mempunyai pendapat yang subjektif namun dia hanya berkarya mengikut apa yang disukainya demi memuaskan hati peminat.

“Biasalah, apa saja kita lakukan akan ada yang suka dan tidak suka. Sebelum ini, saya sudah beberapa kali mengeluarkan lagu yang matang. Tapi, ramai yang minta saya keluarkan lagu yang rancak macam Temberang dan Pencuri Hati.

“Kalau ada yang rasa saya tidak sesuai sebab saya sudah ada anak dua dan tidak bersesuaian dengan imej saya, saya rasa itu subjektif. Inilah identiti saya. Saya rasa puas hati dapat bagi sesuatu untuk peminat,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ayda ketika ditemui di sidang media pelancaran video muzik ‘Memerang’ di Genting Highlands, semalam.

Tambah Ayda, dia mahu membawa kembali lagu yang bergenre Pop yang dianggap sinonim dengan identitinya di samping mengetengahkan konsep yang bersesuaian dengan generasi Z atau Gen Z.

“Dulu, saya suka nampak matang. Tetapi saya rasa saya kena ikut peralihan zaman. Sekarang, kita kena bawakan Gen Z dalam video muzik sebab mereka sangat hebat di media sosial.

“Saya sangat gembira dapat kembali dengan genre lagu yang memang sinonim dengan saya. Sebelum ini, saya banyak keluarkan lagu balada yang pada saya, bukan diri saya. Bagi saya, lagu ini sangat memenuhi kriteria saya dan bawa kembali ‘vibe’ Pencuri Hati,” jelasnya.

Menerusi video muzik Memerang, Ayda telah menampilkan beberapa pempengaruh Gen Z seperti, Kasih Iris Leon, Ceddy dan selebriti Indonesia, Prince Gabriel.

Ayda turut menampilkan artis senior Liza Abdullah dan anak sulungnya, Ana Nayla. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya