`Ini bukan 3R tapi Teresa jalan amanah  sebagai ahli parlimen - Guan Eng

`Ini bukan 3R tapi Teresa jalan amanah  sebagai ahli parlimen – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan kenyataan dibuat Teresa Kok berkaitan pensijilan halal sama sekali tidak menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R). 

Ahli Parlimen Bagan itu  berkata, Teresa hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen dan tidak melakukan kesalahan.

Justeru, beliau telah mengarahkan badan guaman DAP diketuai oleh Syahredzan Johan dan Ram Karpal Singh untuk memastikan Setiausaha Publisiti DAP itu mendapat pembelaan sepenuhnya. 

“Ini bukan perkara 3R seperti dituduh pihak tertentu. Orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, sama ada Islam atau bukan Islam, telah menyatakan pandangan mereka.

“Kita berharap ini akan ditangani secara profesional, di mana seorang ahli parlimen perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengundi mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, Teresa hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berkaitan kenyataan pensijilan halal yang dikata bakal membebankan peniaga di Malaysia.

Teresa dilihat memakai baju kurung berwarna putih tiba  pukul 9.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan.

Rakaman percakapan dibuat di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),Bukit Aman. 

Proses tersebut berlangsung selama satu jam setengah dan berakhir pada 11.55 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya