Ikan tilapia hitam ancam Thailand - Utusan Malaysia

Ikan tilapia hitam ancam Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ikan tilapia digambarkan sebagai spesies paling invasif yang mengancam biodiversiti di Thailand. 

Spesies invasif boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk mendapatkan makanan dan ruang, serta sering kali lebih berdaya saing sehingga menyebabkan spesies asli hilang atau terancam.

Ikan yang berasal dari Afrika Barat itu dikategorikan sebagai spesis yang berisiko menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar.

Usaha untuk mengawalnya melibatkan orang ramai perlu meredah tasik dan pengubahsuaian genetik dilakukan. 

Namun begitu, spesis tilapia hitam masih merebak melalui laluan air Thailand yang memberi kesan kepada 17 wilayah di negara itu. 

Ahli Parlimen Bangkok, Nattacha Boonchaiinsawa menganggarkan negara perlu berbelanja sebanyak 10 billion baht (RM1.27 juta) bagi membendung pembiakan tilapia hitam. 

“Masalah utama adalah tilapia hitam akan memakan ikan kecil, udang, dan larva siput yang merupakan antara produk akuakultur penting Thailand. 

“Sejak berbulan-bulan lalu, kerajaan menggalakkan orang ramai menangkap tilapia hitam yang memasuki kawasan sungai dan paya. 

“Ikan ini mudah berkembang biak di dalam air payau, serta boleh bertahan di dalam air tawar dan air masin,” katanya. 

Disebabkan itu, Kerajaan Thailand menggandakan peruntukan yang akan dibayar kepada individu yang menangkap ikan tersebut, kepada 15 baht (RM1.90) setiap kilogram. 

Di pinggir bandar Bangkok, orang ramai sanggup meredah air setinggi lutut dengan harapan dapat menangkap tilapia hitam menggunakan bakul plastik mereka. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN