Ibu tunggal lapan orang anak dipilih Tokoh Keluarga Mithali

Ibu tunggal lapan orang anak dipilih Tokoh Keluarga Mithali

ROHANI Tandaik menerima anugerah Tokoh Keluarga Mithali yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kematian suami akibat kanser paru-paru pada 1998 menjadi detik hitam buat Rohani Tandaik yang buntu dan tidak pasti tentang masa depan bagi membesarkan lapan orang anak.

Namun setelah 26 tahun berlalu, dia yang kini berusia 65 tahun berjaya menempuh onak dan duri kehidupan apabila dapat melihat semua anaknya membesar dengan baik.

Menceritakan pengalamannya, dia yang bekerja sebagai pembantu tadbir kesetiausa­haan dalam sektor awam terpak­sa mengambil upah kerja-kerja sampingan seperti tem­pahan kuih raya, menyiap­kan hantaran perkahwinan dan menjahit langsir.

“Pahit getir membesarkan anak itu dilalui. Walaupun ada pendapatan tetap sebagai penja­wat awam, memandangkan bi­langan anak yang ramai, keper­luan menjadi besar,” katanya ke­tika ditemui semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 1446H/2024M, di sini semalam.

Wanita itu menerima ha­diah wang tunai RM10,000 dan hadiah iringan bayaran umrah RM9,000 selain plak dan sijil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya