Ibu meninggal dunia, Nicole Kidman batal kehadiran ke Venice - Utusan Malaysia

Ibu meninggal dunia, Nicole Kidman batal kehadiran ke Venice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENICE: Pelakon, Nicole Kidman terpaksa membatalkan rancangannya untuk menghadiri sebuah festival filem di sini selepas menerima khabar kematian ibunya, Janelle, baru-baru ini.

Nicole, yang pada awalnya dijadualkan hadir ke acara berkenaan sebagai penerima anugerah pelakon terbaik wanita terbaik, terpaksa bergegas pulang ke Australia selepas menerima khabar duka tersebut.

“Saya terkejut, dan terpaksa pulang ke pangkuan keluarga. Anugerah ini saya dedikasikan untuk beliau.

“Mendiang membesarkan saya dan menjadikan siapa saya hari ini,” kata Nicole dalam kenyataan yang dibacakan pengarah filem, Halina Reijn.

Reijn menerima anugerah tersebut bagi pihak aktres berkenaan.

Nicole diangkat sebagai penerima anugerah tersebut hasil persembahan memberangsangkan menerusi filem Babygirl.

Nicole, pada 2014, kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Penerima anugerah Oscar itu menganggap mendiang ibunya sebagai mentor dan berperanan besar disebalik kejayaannya sebagai pelakon.

“Beliau adalah pembakar semangat untuk saya mengejar cita-cita sebagai anak wayang.

“Ibu mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya, yang mengikut kemahuan mengejar cita-cita yang diinginkan,” jelasnya kepada Sydney Morning Herald.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya