PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin didengar selama 15 hari bermula Januari tahun depan. Hakim Dr. Syahliza Warnoh menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga minggu berturut-turut pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025. Pada prosiding sebutan hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memaklumkan pihak pendakwaan akan mengemukakan 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan tersebut. Beliau turut memaklumkan, pihak pendakwaan sudah menyerahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya