Hun Huqeem lega, cedera ACL pulih selepas pembedahan - Utusan Malaysia

Hun Huqeem lega, cedera ACL pulih selepas pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hun Haqeem, 26, bersyukur kerana kini tidak lagi menanggung kesakitan dan mampu berjalan seperti biasa selepas melakukan pembedahan ligamen ACL sekitar tahun lepas.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy berkata, dia sebenarnya tidak menyangka kecederaannya segera pulih selepas pembedahan berkenaan.

“Amat mengejutkan apabila hari ini, iaitu selepas satu tahun menjalani pembedahan, saya mampu berjalan seperti biasa.

“Jujur saya katakan, rawatan fisioterapi yang saya lakukan selepas pembedahan sebenarnya membantu sepanjang proses pemulihan. 

“Saya yakin, dengan disiplin, fizikal kita mampu menjadi lebih kuat, lebih-lebih lagi selepas pembedahan,” katanya.

Hun berkata demikian ketika ditemui sempena pelancaran pusat kecergasan Elitez di Mont Kiara, baru-baru ini.

Pusat tersebut, yang merupakan kerjasama antara pelakon itu dengan rakannya yang juga pelakon Andy Teh menawarkan khidmat latihan seni mempertahankan diri termasuk tinju, Jiujitsu, Muay Thai dan banyak lagi.

Kata Hun, dia terinspirasi untuk mengusahakan pusat kecergasan itu selepas melalui fasa sukar untuk menurunkan berat badan kira-kira satu tahun lalu.

“Saya yakin, kita mampu hidup lebih sihat dan dapatkan berat badan yang kita mahukan sekiranya kita berada dalam komuniti yang betul.

“Berdasarkan pengalaman, memang sukar untuk turunkan  berat badan kalau kita bersenam secara sendirian. Itu yang saya alami sepanjang proses turunkan berat, daripada 100 kilogram (kg) kepada 70 kg hari ini.

“Keputusan saya, sertai Andy ke dalam komuniti ini sebenarnya membawa manfaat yang besar. Disebabkan itu, impian saya memiliki berat badan ideal, tercapai,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya