PUTRAJAYA: Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan membolehkan pesalah yang membuang sampah merata-rata dikenakan hukuman khidmat sosial sebagaimana dilaksanakan di negara maju. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan itu dilihat wajar memandangkan kompaun tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya, hukuman khidmat sosial itu terbukti berkesan seperti diamalkan di Norway, Sweden dan Singapura. “Saya akan suruh dia (pesalah) buat khidmat sosial termasuk sapu jalan di bawah terik matahari, saya minta buat iklan percuma di media sosial untuk ‘ulat-ulat’ sampah yang suka buang sampah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya